Rukun UMRAH
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
1-Niat
2-Tawaf
3-Saie
4-Bercukur atau bergunting
5-Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat Setiap
ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada
sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan
pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت
العمرة وأحرمت بها لله
تعالى
Ertinya : “Sahaja
aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah.
Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah
dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf -
Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk
menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah: Ertinya: “Aku
berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf
boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu
sentiasa mengiringi Ka’abah. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah
termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf. Tidak boleh menggunakan
laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr
Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih
daripada najis. Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan
diakhiri dengan melangkah garisan yang sama. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak
tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin. Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang
masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk). Mesti suci daripada hadas
besar. Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.
( mendukung anak lelaki yang
belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi
tidak sah). Mesti menutup aurat.
3. Sai’e Sai’e adalah juga satu rukun yang
penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e
bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka
Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e: Hendaklah dilakukan selepas tawaf. Tujuan hendaklah
semata-mata untuk Sai’e. Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di
Bukit Marwah. Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali.
Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula. Jarak perjalanan Safa
ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah
jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong. Perjalanan
dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak
melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut
cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul
setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain
iaitu niat, tawaf dan Sai’e. Syarat Tahallul Menggunakan sekurang-kurangnya
tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara
lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang
kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita: Perempuan yang berambut
panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan
tidak kurang dari tiga helai. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum
menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi
sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu. Perempuan haid boleh
bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang
disediakan.
5. Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah
satu persatu, mengikut tertibnya (aturan). Wajib Umrah Wajib Umrah ialah
perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya
ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam.
Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa
dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya
tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
Berikut ialah perkara-perkara Wajib
Umrah: Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
Menjaga larangan ihram. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang
ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya.
Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi
jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam
berupa seekor kambing dikenakan. Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara
(dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau
lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.
Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar
Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah
yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju
Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah: Al-Juhfah – Lebih kurang 187km
dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan
negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari
Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum
Berangkat 1. Memotong kuku; 2. Mencukur bulu kemaluan , bulu ketiak; 3.
Merapikan rambut dan misai.
No comments:
Post a Comment