Tuesday 22 December 2015

PANDUAN RINGKAS CARA MENGERJAKAN IBADAH UMRAH


Rukun UMRAH

Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu: 
1-Niat 
2-Tawaf 
3-Saie 
4-Bercukur atau bergunting 
5-Tertib

Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.

 1. Niat Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
                      نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى 
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.” 



2. Tawaf Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah. Syarat- syarat sah tawaf -

 Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah: Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”  

Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah. Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah). 

Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis. Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin. Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah. Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk). Mesti suci daripada hadas besar. Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.
( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah). Mesti menutup aurat. 



3. Sai’e Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Sai’e: Hendaklah dilakukan selepas tawaf. Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e. Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah. Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula. Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong. Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.



 4. Tahallul Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e. Syarat Tahallul Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita: Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu. Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan. 

5. Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan). Wajib Umrah Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. 



Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah: Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya. Menjaga larangan ihram. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan. Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang): 

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah. 

Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri. 


Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah: Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama. 

Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq. 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat 1. Memotong kuku; 2. Mencukur bulu kemaluan , bulu ketiak; 3. Merapikan rambut dan misai.


JEMPUTAN UMRAH SEGERA RM2,300 SAHAJA



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT DAN TUAN/PUAN

~MOHON SEBAR DAN BERKONGSI BERSAMA~

√ Andakah ingin atau sedang merancang untuk menunai ibadah Umrah!!

JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU ALLAH PADA MUSIM CUTI SEKOLAH 2016

√ PELUANG kepada anda dan sesiapa sahaja yg ingin pergi menunaikan Ibadah UMRAH SELESA CUTI SEKOLAH 2016 dengan hanya bayaran deposit RM2300* sahaja dari nilai pakej sebenar RM6,990..

ANDA REPLY STATUS INI PADA RUANG KOMEN DI BAWAH "SAYA DIJEMPUT"
* tertakluk kepada terma & syarat yang cukup mudah. (lihat di bawah)
* Peluang menunai Umrah terbuka untuk anda!


* Pakej UMRAH SELESA 10H 9M - 
* HARGA PAKEJ UMRAH SELESA LENGKAP BERNILAI RM6,990 termasuk:-

1. Penerbangan pergi balik terus dengan pesawat MAS / Saudi Airlines (KLIA-JEDDAH- MED - KLIA) termasuk CUKAI
2. Penginapan Hotel di Mekah@setaraf (4 star Hotel) 5 mlm & Penginapan Hotel Madinah @setaraf (4 star Hotel) 4 mlm /bilik ber4@5- termasuk 3 kali makan (tertakluk kpd perubahan).
3. VISA Umrah
4. Program 2 kali Umrah & 2 kali Ziarah Makkah & Madinah
5. Insuran Takaful berkelompok
6. Kursus & Taklimat Umrah PERCUMA 2 minggu sebelum penerbangan

PILIH TARIKH PENERBANGAN ANDA SEKARANG*

√ CEPAT BERTINDAK KERANA TEMPAT SANGAT TERHAD!!!
√CEPAT SAHUT SERUAN "SAYA DIJEMPUT"

“ALLAH TAK JEMPUT ORANG YANG MAMPU TETAPI ALLAH MAMPUKAN ORANG YANG DIJEMPUT SEBAGAI TETAMUNYA”


Terma & Syarat Mudah
* Bayaran Deposit RM2,300 sahaja (tidak dikembalikan)
* Perkenalkan kepada 7 orang (kenalan / sahabat / saudara mara) yang membuat bayaran deposit sama nilai dengan anda.
* Pilih mana-mana tarikh yang kelapangan untuk anda menunai ibadah Umrah
* Cukup syarat-syarat di atas maka anda layak menerima Pakej Lengkap Umrah Selesa yang bernilai RM6,990
* Tempoh maksimum untuk kelayakan di atas adalah selama 24 bulan. Jika syarat di atas tidak dipenuhi selepas had tempoh yang diberikan, anda masih tetap layak menunai ibadah umrah tanpa perlu apa-apa lagi deposit tambahan.
* Jika terma & syarat di atas tidak dapat dipenuhi dan tempoh 24 bulan terlalu lama utk menunggu maka anda boleh memilih mana-mana pakej dan membuat bayaran penuh atas pakej pilihan anda 40 hari sebelum penerbangan.



Maklumat atau pencerahan lanjut sila beri komentar anda
 "SAYA DIJEMPUT"

PELAN SIMPANAN DAN PERKONGSIAN PERANCANGAN UMRAH/HAJI

Assalamualaikum w.b.t

Segala pujian bagi Allah, salam dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat-sahabat beliau r.a.

Alhamdulillah atas nikmat yang tiada ternilai iaitu Nikmat Iman dan Islam serta limpahn rezeki dan kesihatan yang baik. Pada ruangan ini kami ingin berkongsi ruang dan peluang bagaimana kita dapat menjadi tetamu Allah menunai Haji atau Umrah setiap tahun dan berkongsi peluang dengan mereka seramai mungkin supaya dapat melaksanakan impian untuk menjejak kaki dan mengucup hajar aswad di Mekah al-Mukaramah.. Allah ya amin!!.

Mafhum hadis Nabi s.a.w " satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa diantara keduanya dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga Allah"


Adakah anda ingin atau merancang untuk menunai fardhu haji atau sekadar mengerjakan ibadah umrah atau anda merancang untuk melancong ke destinasi impian anda atau hanya sekadar ingin
berkongsi untuk tambahan simpanan anda....

“WORLD OF TRAVEL AND TOURISM COMMUNITY”

Adalah merupakan satu KOMUNITI yang dianjur/uruskan oleh DE RAUDHAH dalam melaksanakan dan memberi khidmat perundingan khususnya untuk bakal-bakal haji dan umrah serta memberi khidmat bagaimana anda mampu untuk menunai ibadah Umrah setiap tahun secara PERCUMA atau mungkin dengan hanya sekadar 20% - 50% sahaja bayaran dari nilai yang sebenar harga pakej.

Mungkin anda sedia maklum dengan keadaan kos kehidupan yang kian meningkat terkadang-kadang kita berkira-kira adakah kita mampu mengadakan belanja untuk merealisasikan impian kita ini. Tambahan pula harga pakej pun meningkat.

Kini dengan bersama kami anda mampu merancang kewangan anda untuk menunai ibadah umrah atau percutian pelancongan anda.

WORLD OF TRAVEL AND TOURISM COMMUNITY menyediakan satu program perkongsian dalam industri pelancongan khususnya dalam industri perhotelan dan pengangkutan.


Kenapa anda mesti sertai kami dalam WORLD OF TRAVEL AND TOURISM COMMUNITY?

1. Perniagaan dalam industri PELANCONGAN.
2. Keuntungan yang dijana dengan kadar naik turun pasaran dikongsi bersama
3. Pengurusan dan team management yang mantap.
4. Tiada tempoh matang yang singkat (takluk kpd terma & syarat)
5. bukan sistem Piramid, MLM, Skim cepat kaya dan sebagainya.
6. Kadar keuntungan (hibah) 30% - 50% setahun dengan kadar yang munasabah.
7. kerjasama antara agensi pelancongan yang berdaftar & Koperasi Pelancongan dan Usahawan (KOPLUS).
8. Tiada penipuan atau sesuatu yang disembunyikan oleh pihak pengurusan.
9. Jaminan sumbangan Modal dikembalikan dengan penambahan DEPOSIT untuk Pakej Lengkap


Apakah kelebihan menyertai WORLD OF TRAVEL AND TOURISM COMMUNITY?

1. Menerima Hibah dari sumbangan modal 30% - 50% setahun
2. Anda dapat mengerjakan umrah selepas setahun dengan pakej umrah bajet sehingga Umrah VIP
3. Anda akan menerima pendapatan tambahan jika menjadi wakil perunding bersama kami.
4. Anda dapat membantu rakyat Malaysia mengerjakan umrah atau Haji.
5. Anda berpeluang melancong dan mengerjakan umrah/Haji secara PERCUMA jika anda berkongsi peluang ini.





Terma & syarat-syarat WORLD OF TRAVEL AND TOURISM COMMUNITY :-

- Minima sumbangan modal keahlian RM2,800
-  Profit sharing 30% - 50% setahun
- Ahli boleh menambah dana pada bila-bila masa
- Penyertaan dana maksima adalah RM10K sahaja atas satu nama.
- Berumur 18 Tahun ke atas
- Penyertaan / Pendaftaran adalah melalui pengenal
- Tarikh penutupan pendaftaran setiap 25HB dan tarikh aktif keahlian pada 1HB pada bulan berikut



Apakah kelebihan tambahan bersama WORLD OF TRAVEL AND TOURISM COMMUNITY

WOTATC FUNDER (pasif partner)

ANDA MAMPU MENUNAI UMRAH

WOTATC FUNDER AND BUSINESS PARTNER (aktif network)

Pengenal:- 5% - 10%
Insentif Umrah dan Pelancongan (tertakluk kepada terma & syarat)

PELUANG MENUNAI UMRAH & MELANCONG PERCUMA MENANTI ANDA


Maklumat lanjut sila hubungi Rakan Perunding kami

Kedah ] Alor Setar: 016 352 1401 ~ shah
P.Pinamg] Kepala Batas: Kamar~012 586 6281
Selangor] Klang/Shah Alam: Hj.Abd.Samad~013 380 9688 / Sg. Buloh/Puncak Alam: Tok We~016 219 6769 / Subang: Abd Halim~013 200 4677 / Kelana Jaya: Dyen~018 365 6241 / Petaling Jaya: Ezmy~017 252 0601 / Putrajaya: Ust. Syahnaz~019 232 3043 / Puchong: Ustz. Samila~010 544 7334 / Kota Kumuning: Azrie~013 315 4898
Kelantan] Kota Baharu: Ust. Najmudin~013930 1589